Sudahkah engkau, bertanya-tanya?
Antara sungai melayu dan sungai muar
Di mana terletak perbezaan-perbezaannya?
Adakah sang buayanya suka bermuka-muka?
Sudahkah engkau pergi ke Parit Jawa?
Menikmati Asam Pedas turun-temurun kita
Atau kita ke Senibong hingga ke Tepian Tebrau
Menikmati hidangan samudera selatan cina
Atau kita mahu lihat ciptaan Tuhan
Merungkai denai merintih di atas Gunung Ledang
Atau lawat anak Johor kita perlihara alam
Rawat Endau Rompin untuk masa hadapan
Kalau flora dan fauna kita tidak berkenan
Ada Rawa, Sibu, Tinggi, Besar dan juga Mawar
Ada Aur, Harimau dan juga Pulau Pemanggil
Taman laut Bangsa Johor memanggil-manggil
Kita tidak lupa akan masa dahulu
Dari Seri Salewangang Zapin mekar di Tenglu
Jangan lupa kota lama alunan Gambus Parit
Orang asli Sungai Paroh adat Berbait-bait
Owh Johor
Mari berdansa bersama
Buangkan segala sengketa
Menari bersama owh Jauhar tercinta
Untuk Semua